Buah Ciku
* saiz hidangan = 1 biji
44 kalori
Ciku merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Amerika Tengah. Negeri-negeri utama penanaman ciku di Malaysia ialah Terengganu, Pahang, Perak, Johor dan Melaka. Pokok ciku mengeluarkan hasil sepanjang tahun, dan puncak pengeluaran hasil ialah dari bulan Jan-Feb dan dari bulan Okt-Nov.
Ciku merupakan buah jenis klimaterik dan dikenali dengan pelbagai jenis nama mengikut tempat. Misalnya ciku dikenali sebagai ‘sawo nila’ (‘sawo menila’, ‘sawoh menila’, ‘sauh menila’) di Kelantan. Di Kedah, buah ciku dikenali sebagai ‘sawa’.
Bentuk buah ciku berbeza mengikut klon iaitu dari bulat hingga lonjong. Buah yang matang boleh mencapai saiz 5 – 8 cm panjang dan 4 – 6 cm lebar. Purata berat lebih kurang 120 g, kulitnya nipis, kasar dan berwarna coklat. Masa yang terbaik untuk petik buah ialah apabila buah itu matang dan boleh disimpan 3 – 5 hari. Isi buah yang masak adalah lembik, berwarna coklat. Beraroma, manis dan berair.
Buah ciku mengandungi 1 – 6 biji benih dan berwarna hitam berkilat. Bijinya keras, berbentuk bujur leper dan tajam di hujungnya.
Biasanya buah ciku enak dimakan segar dan merupakan buah yang berkhasiat. Buah ciku boleh diproses kepada beberapa jenis hasilan. Buah ciku juga boleh dibuat jem, jus, kepingan ciku kering dan ditinkan dalam bentuk kepingan untuk membuat sherbet dan kandi. Selain itu, ciku juga boleh digunakan sebagai bahan mentah dalam industri pektin, glukosa dan jeli. Di negara lain seperti Amerika Latin, pokok ciku digunakan untuk mengekstrak ‘chicle gum’.
Bagaimana nak membakar 44 kalori
Untuk membakar 44 kalori buah ciku anda boleh lakukan salah satu daripada aktiviti berikut: (Lihat nota)
Berjalan kaki selama 12 minit
Jogging selama – 5 minit
Berenang selama – 4 minit
Mengayuh basikal selama 7 minit
Nota: Pengiraan untuk wanita berusia 35 tahun dengan ketinggian 170 cm dan berat 65 kg.
Leave a Reply